LAGU DAN LIRIK RELIGI ISLAMI
Permulaan kisah satu pembunuhan manusia
Hasad dengki menyalakan sengketa
Dendam jua kesumat terus membara
Habil Qabil putera Adam tercinta
Kurniaan yang cukup memberi bahagia
Habil di musuhi kerana Iqlima
Qabil membantah penuh kecewa
Dengan keikhlasan hati yang bersih
Habil korbankan ternakan terbaik
Qabil memberi tanaman yang tersisa
Menggambarkan pengorbanan yang terpaksa
Ohh...ohh..
Bermulalah perang dua saudara
Dalam sejarah peradaban manusia
Ketulusan hati merelakan pengorbanan
Di hadiahkan maut oleh si Qabil yang baran
Antara Habil mahupun Qabil
Tersingkap hikmah dari kisah mereka
Insan mudah tergoda dek iblis durjana
Damal sirna sengketa bertakhta
Hasad dan dengki pemula khianat
Pencetus dendam pembiak kesumat
Dosa dan pahala syurga dan neraka
Dua pilihan di tangan manusia